IMAM 4 MAZHAB BUKU TERBARU.
إِنَّ اللَّهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنْفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالْإِنْجِيلِ وَالْقُرْآنِ وَمَنْ أَوْفَى بِعَهْدِهِ مِنَ اللَّهِ فَاسْتَبْشِرُوا بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُمْ بِهِ وَذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Qur’an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.”
(Surah Al-Taubah ayat ke-111)
مِّنَ المُؤمِنينَ رِجالٌ صَدَقوا ما عٰهَدُوا اللهَ عَلَيهِ ۖ فَمِنهُم مَّن قَضىٰ نَحبَهُ وَمِنهُم مَّن يَنتَظِرُ ۖ وَما بَدَّلوا تَبديلًا
Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka tidak merubah (janjinya).
(Surah al-Ahzab ayat ke-23)
Dalam menyesuluri kehidupan ini akan ada penuh mehnah dan ujian yang Allah SWT telah takdirkan bagi orang-orang yang beriman.
Kehebatan imam empat mazhab utama iaitu Imam Abu Hanifah, Imam Malik , Imam Syafie dan Imam Ahmad tidak dapat disangkal lagi. Dari segi ilmu , amalan dan akhlak mereka yang menjadi tauladan atau contoh utama kepada pengikut-pengikut mazhab.
Semoga Allah swt meredhai atas segala perjuangan yang mereka lakukan dan usahakan.
Buku ini terbahagi kepada beberapa tajuk iaitu.
-
Biodata setiap Imam.
-
Anak Murid , perkembangan mazhab dan dalil Fiqhiyyah.
-
Kitab Yang Masyhur beserta Fatwa
-
Tokoh Mazhab
-
Mauqif Imam.
Spesifikasi Buku.
-
Hardcover – Kulit Keras
-
360 MukaSurat
Kami mengakhirikan dengan nasihat daripada Imam Abu Hanifah.
- Beliau menegaskan bahawa, “Seandainya engkau hidup berpuluh tahun tidak bekerja dan tidak mempunyai makanan, janganlah tinggalkan menuntut ilmu kerana apabila engkau berhenti daripada menuntut ilmu pengetahuan, hidup engkau akan ditimpa kesusahan.
- Berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud: Sesiapa yang berpaling daripada mengingati Aku (menuntut ilmu agama), nescaya hidupnya akan sempit dan susah.”
- Beliau menegaskan lagi, katanya: “Ikutilah nasihatku ini, mudah-mudahan engkau akan selamat di dunia dan akhirat.” Dalam satu karyanya bertajuk al-‘Alim wa al-Muta‘allim, Abu Hanifah menjelaskan terdapat dua tujuan utama pendidikan.
Reviews
There are no reviews yet.